Posts

Showing posts with the label renungan

Siapa kata jadi perempuan tu senang?

Image
Siapa kata jadi perempuan tu senang? Nak kena tutup sana,tutup sini..tengok budak lelaki,pakai pagoda pun takde orang bising.. Perempuan,stoking pun kena pakai. cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari,mau tak nye tahan bertutup semua. Tapi,perempuan cool jer..tengah panas pun boleh lagi pakai jubah.Hebat kan perempuan? Siapa kata jadi perempuan tu senang?  Tiap2 bulan mesti ada penyakit.Nak pergi kelas pun susah. Tengok budak lelaki,selamber jer..kadang2 setahun sekali pun susah nak dapat sakit. Tapi,perempuan hidup bertahun2 dengan penyakit tiap2 bulan,survive jer tengah2 sakit pun boleh jer senyum sampai orang pun tak perasan dia tengah sakit. Hebat kan perempuan? Siapa kata jadi perempuan tu senang?  Hatinya Allah jadikan lembut betul.Cepat jer sensitif. Cuba tengok orang putus cinta.Selalu perempuan yg paling susah nak lupa. Lelaki lepas putus cinta,senang jer pasang baru. cuba pergi tengok wayang cerita hindustan,siapa paling teruk menangis? perempuan...

Jgn menghukum melihat keadaan luarannya :)

Image
Assalamualaikum anda yang baik hati. Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya termenung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu. Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diam je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu."Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!"   Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu.Sebenarnya, isteri saya , ibu me...

Malaikat Maut Mengintai Kita

Image
Assalamualaikum w.b.t.. Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.   Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.   “Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.   “Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”