Siapa kata jadi perempuan tu senang?


Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Nak kena tutup sana,tutup sini..tengok budak lelaki,pakai pagoda pun takde orang bising..
Perempuan,stoking pun kena pakai.
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari,mau tak nye tahan bertutup semua.
Tapi,perempuan cool jer..tengah panas pun boleh lagi pakai jubah.Hebat kan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan tu senang?
 Tiap2 bulan mesti ada penyakit.Nak pergi kelas pun susah.
Tengok budak lelaki,selamber jer..kadang2 setahun sekali pun susah nak dapat sakit.
Tapi,perempuan hidup bertahun2 dengan penyakit tiap2 bulan,survive jer
tengah2 sakit pun boleh jer senyum sampai orang pun tak perasan dia tengah sakit.
Hebat kan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan tu senang?
 Hatinya Allah jadikan lembut betul.Cepat jer sensitif.
Cuba tengok orang putus cinta.Selalu perempuan yg paling susah nak lupa.
Lelaki lepas putus cinta,senang jer pasang baru.
cuba pergi tengok wayang cerita hindustan,siapa paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki siap boleh gelak2 lagi.
lembut tak lembut hati perempuan kan?
tapi,dgn hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki.
hebat kan perempuan?
Disebabkan susahnya menjadi perempuan ni lah ramai perempuan merajuk dgn Allah.Diorang cakap kenapa Allah lebihkan lelaki?Kenapa perempuan kena dengar ckp suami?Kenapa syurga perempuan terletak dibawah kaki suami?Padahal jadi perempuan tu sgt la susah.Bak kata org,nk jaga 10 org anak lelaki,tak susah mcm nk jage seorang anak perempuan.

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni,ramai perempuan diluar sana yg rebel.Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat,dgn alasan "lelaki tak payah tutup pom".Diorang berani bertepuk tampar dgn lelaki,diorang sanggup gadaikan diri sebab percaya dgn janji manis kekasih hati yg busuk hati.Kesian kn diorang?

Persoalannya sekarang betul ke Allah tak adil dgn perempuan?Betul syurga perempuan terletak dibawah kaki suami tapi cuba ingat balik,syurga seorang anak lelaki dibawah kaki siapa kalau bukan ibunya?Betul isteri kena dgr cakap suami tapi seorang anak lelaki kena taat 3 kali lebih utama drp ayahnya.Tak adil lagikah Allah terhadap perempuan?

Allah bukan setakat adil,tapi Allah itu sgt sayang kat perempuan.Untuk lelaki,syurga isterinya terletak dibawah kakinya.Kalau paling banyak dia ada 4 org isteri.Cuma 4 org saja syurganya bergantung pada seorang lelaki itu.Tapi perempuan,jika ditakdirkan ada 15 org anak lelaki,bermakna ada 15 org yg syurganya yg terletak pada seorang perempuan tu.MashaAllah.hebatnya perempuan kan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan.Sampaikan disebabkan susahnya nk jadi perempuan,perempuan senang nk masuk syurga.Tengok hadis ni :"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu,berpuasa sebulan(Ramadhan),menjaga kehormatan dan taat kepada suami,dia akan disuruh memasuki mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Allah jadikan perempuan tu sebagai perhiasan dunia.Bayang,dunia yg besar ni , dunia yg cantik ni,kita jadi hiasan dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah. :)

Comments

Myra Azraff said…
mmg bukan senang..tpi eden bersyukur^^..eh,tapi kan..pasal aurat la yg ramai ambek endah x endah kan..?hurmmm...
wawa said…
entry ni best sgt :)meaningful .

Popular posts from this blog

Girl , he bored with you..

Bukan mudah nak berhenti merokok

GENAP SEBULAN PEMERGIANMU ,KAWAN :')