[Kisah Benar] Kerana dia seorang Ayah
Ada seorang bapa datang ke kedai , melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya , "Pakcik, laptop.." , dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, " Nak beli untuk anak ke?" , "Ya, nak beli untuk anak. Dia nak sambung belajar, laptop mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa. Aku biasanya mengesyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus , mahal pakcik. Tapi kalau setakat nak belajar yang ni lah. Samsung , seribu lebih je..". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam , dia membuka mulut. "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..". Pergi dengan suatu perasaan yang lain. Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan aku duduk di kaunter pelanggan. Dia datang semula ke kedai tapi dengan anak perempuannya. " Yang mana ya yang hari tu , ada lagi tak?". "Yang n...